"It always seem impossible, until it's Done"

Wednesday, 13 March 2013

KERTAS KERJA PENUBUHAN "PEKULA JAYA CYCLING CLUB"

KERTAS KERJA
 PENUBUHAN "PEKULA JAYA CYCLING CLUB"

1. O PENDAHULUAN
Aktiviti berbasikal merupakan aktiviti riadah digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berbasikal dapat menguji kemampuan fizikal dan spiritual pelajar-pelajar.  Remaja yang aktif dan cergas sahaja yang mampu untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.

2.0 MATLAMAT
Pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah yang bermanfaat serta dapat meningkatkan jalinan kerjasama dan komunikasi sosial bersama masyarakat luar. Diharapkan aktiviti ini juga mampu meningkatkan kredibiliti dan disiplin pelajar seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

3.0 OBJEKTIF
3.1       Mendidik pelajar tentang keselamatan di jalan raya ketika menunggang basikal.
3.2        Memberi pendedahan kepada pelajar cara berbasikal dengan selamat di jalan raya.
3.3       Mencungkil bakat kayuhan dikalangan pelajar agar dapat di ketengahkan ke peringkat      yang lebih tinggi.
3.4       Memberi peluang kepada murid-murid bekerjasama demi kepentingan rakan  sebaya.

4.0 SASARAN
Pelajar  yang berbasikal ke sekolah khususnya penunggang fixie.

 5.0 AGENSI YANG TERLIBAT
Kelab basikal SPCC ( Sungai Petani Cycling Club).

6.0 PERLAKSANAAN
Program kayuhan diadakan secara berjadual dan dicadangkan pada hari Jumaat 2 kali sebulan.

7.0 KESIMPULAN
Diharapkan dengan penubuhan Kelab Basikal ini akan mampu meningkatkan kredibiliti dan disiplin pelajar seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

No comments:

Post a Comment