PJCC juga menyertai Kayuhan Amal Maahad Tahfiz Padang Serai pada 20 Oktober 2012. Jarak kayuhan sejauh 35 km sekitar Padang Serai. Kayuhan ini bertujuan mengutip dana bagi menampung kos pembinaan bangunan sekolah Maahad Tahfiz tersebut.
PJCC
Everyone is an Achiever
"It always seem impossible, until it's Done"
Thursday, 21 March 2013
Kayuhan Amal Maahad Tahfiz Darul Mumtaz, Padang Serai
Cyclethon SK Tmn Senangan, Butterworth
Pada 6 Oktober 2012, PJCC juga menyertai Cyclethon yang dianjurkan oleh SK Taman Senangan, Buterworth, P.Pinang. Cyclethon ini diadakan sempena Hari Kokurikulum SK Taman Senangan.
Penyertaan kelab-kelab basikal tempatan adalah sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur dalam melaksanakan program kayuhan ini.
Kayuhan Amal Merdeka SMK Dulang
Tanggal 8 September 2012, SMK Dulang telah menganjurkan Kayuhan Amal Merdeka untuk menyampaikan bantuan kepada waris-waris pelajar SMK Dulang yang kurang berkemampuan sejauh 25 km bermula dari SMK Dulang dan melibatkan penyertaan dari cyclist tempatan dan juga kelab-kelab basikal sekitarnya. PJCC juga turut serta dalam kayuhan ini..
Titi Hayun |
Pahit Manis Jelajah Kedah 2012
Undangan untuk menyertai Jelajah Kedah 2012 anjuran SPCC membuka lembaran baru bagi cyclist PJCC Mohd Hakim b Sharif. Namun disebalik kegembiraan ini, terselit permasalahan, iaitu jentera untuk menggempur Jelajah Kedah 2012…apakah hanya sebuah fixie??? Persoalan ini merajai hati pengurus PJCC…apakah masih ada penyelesaian untuk ini..atau membiarkan peluang ini terkubur begitu sahaja….
Melihat akan bakat kayuhan yang dimiliki cyclist muda ini, satu keputusan telah dibuat dengan mengenepikan sebarang kemungkinan kemudian hari…cyclist ini diusahakan untuk memliki sebuah” road bike”…..akhirnya sebelum kayuhan uji laluan dijalankan buat pertama kalinya, sebuah road bike POLYGON telah pun di miliki oleh cyclist ini dengan harapan akan ada peluang yang lebih cerah menanti.
Buat kali pertama mengendalikan jentera baru ini di jalan raya, agak kekok juga kayuhannya. Namun berkat ketabahan dan daya juang yang tinggi…akhirnya cyclist ini Berjaya menempuhi kayuhan uji laluan pertama dan kedua.
Well Done!
Subscribe to:
Posts (Atom)